lawakk !


HARAM MENIKAHI GADIS
SATU KAMPUNG ??!
BERITA GEMPAR!!!!! HARAP-HARAP TENANGKAN

PERASAAN SEBELUM MEMBACA LAPORAN INI,
BAGI YANG TELAH TERLANJUR... APA NAK BUAT!!!!

Haram menikahi gadis satu kampung. JAKIM telah
mengeluarkan fatwa baru. Setelah diadakan perbincangan
dan diskusi di antara para pemimpin, JAKIM dan ahli
ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 oktober tahun
2003:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM

LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS
SEKAMPUNG"
Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan
bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan
kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa
JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak
munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian
telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan
yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa
sedemikian. Inilah isi
wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa
haram untuk menikahi gadis sekampung?

Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan
menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat,
apalagi satu kampung..........!!!

haha jgn mrh..::))




CIKGU YANG BANGANG !
 
Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya
Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi
kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya
wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika  : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikguuuuu.
Guru tadika  : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikguuuuuu.


Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi...
Guru tadika  : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikguuuuuu.
Guru tadika  : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikguuuuuu.
Guru tadika  : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikguuuuu..
Guru tadika  : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikguuuuuu.


Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk
mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam
kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar
yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin             : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika  : Boleh,mari ke depan.
Amin             : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampaaaaak.
Amin             : cikgu ada kan?
Murid-murid : adaaaaa.
Amin             : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampaaaaak.
Amin             : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak adaaaaaa.
Guru tadika  : em???
 
padan muke cikgu tu bhahaha :D
sengall . . ade ke patut ajar
ank murid cmtu ?
hadoyy =="
k la . .
 
Annyeoo~
Scha Azmi ;)

 
BUDAK KURANG AJAR !
Seorang ibu sedang sibuk di dapur mendengar anaknya
yg baru berusia sembilan tahun bermain di ruang tengah.
Si ibu mendengar anaknya berkata begini...

"Para penumpang.. Encik2 dan Puan2 keparat sekalian..
dipersilakan naik ke pesawat dan duduk di kerusi masing2.."

Si ibu terkejut, bergegas mendatangi anaknya dan berkata :

"Nak ooo Nak.. kan ibu dah kata.. jangan gunakan
kata-kata kotor seperti itu.

Sekarang.. engkau kena hukum... berdiri diam di dapur
selama 2 jam!"

Dua jam kemudian hukuman pun berakhir. Si anak terus
saja meneruskan permainannya. Si Ibu di dapur kembali
mendengar anaknya berkata-kata dalam permainannya itu...

"Para Penumpang.. Encik2 dan Puan2 yg dihormati.
Sebentar lagi pesawat kami akan terbang. Silakan Naik
dan duduk ditempat masing2. Selamat menikmati penerbangan
kepada Encik2 dan Puan2 yang terhormat"

Ibu yg di dapur tersenyum puas... tetapi kemudian didengarnya
lagi anaknya meneruskan ucapannya,

"Bagi yg ingin memprotes kerana penerbangan ini terlewat
DUA JAM... Sila protes kepada wanita mereng yg kini berada
di dapur!"
 

FACEBOOK . . .
 
Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke
 kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek   : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta
               kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak
                sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka
                nenek).

Nenek    : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. 
                Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari
                tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi
                dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek    : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau
                passwordnya."

Rahmat : "?????"